URUTAN SARAF / ACUPRESSURE


<< May 2013 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31

Anda memerlukan urutan saraf atau acupressure? Kami menawarkan satu teknik urutan tradisional.

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



May 11, 2009
Work From Home

Work from Home. Be your own BOSS, Earn Part time RM1000 to RM3000 per month. You decides how much you want to earn.

Anda memerlukan pendapatan lumayan tanpa banyak bersusah payah dan modal yang tinggi? Saya akan tunjukkan cara.

Call or SMS me at +6013 3689686


Posted at 04:32 pm by kepalaguru
Comment (1)  

Jun 20, 2007
Mas Cotek

PENGENALAN

Pokok Emas Cotek ataupun Mas Cotek merupakan sejenis pokok herba yang digunakan dalam bidang perubatan Melayu.

Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltoidea merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya di kalangan pengamal perubatan tradisional. Selain Tongkat Ali dan Kacip Fatimah, Mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan.

Nama Mas cotek adalah merupakan nama tempatan yang popular di pantai timur Semenanjung Malaysia. Di negeri Sabah dan Sarawak, juga Kepulauan Kalimantan, tumbuhan ini dikenali dengan nama ‘sempit-sempit’. Terdapat juga suku kaum di Sabah yang menggelarnya sebagai ‘agoluran’. Di Indonesia, tumbuhan ini dipanggil ‘tabat barito’ dan beberapa nama di daerah lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera. Di Afrika pula, ianya dikenali sebagai ‘Kangkalibang’. Walaupun sedemikian, nama Mas cotek adalah merupakan nama yang paling popular dan dikenali jika dibandingkan dengan nama-nama tempatan yang lain.

Nama Mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini. Di Malaysia telah dikenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltoidea. Tumbuhan yang dikenali sebagai ara juga merupakan salah satu spesis keluarga Ficus deltoidea. Ficus deltoidea Jack atau Mistleteo fig adalah di antara spesis yang diklasifikasikan secara saintifik dan ianya tergolong dalam keluarga Moraceae.

KHASIAT MAS COTEK

Mas Cotek merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Disamping itu, dipercayai rebusan daun Mas Cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala (migraine) dan angin ahmar.

Air rebusan daun, batang, akar, dan buah Mas Cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit paru-paru berair, sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan yang paling utama ialah ia  mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun Mas Cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar.

Ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Apabila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.

AMALAN

 Cara merebus dan mengamalkannya:

Herba Mas Cotek hendaklah direbus sebanyak 6 liter air atau bersamaan dengan 4 x 1.5 liter air saiz botol air mineral sehingga mendidih atau selama 45 minit sehingga pati dari batang, daun, buah, ranting dan akarnya keluar.

  1. Tapis air rebusan tadi dan batang daun hasil rebusan Mas Cotek tadi. Anda boleh menyimpan air rebusan Mas Cotek ke dalam peti ais (agar tahan lebih lama) atau di luar (habiskan sebelum 3 hari).
  2. Amalkan meminum air rebusan Mas Cotek sekurang-kurangnya 5 – 6 gelas sehari ( selepas makan) dan amalkan sebagai minuman harian.
  3. Tiada jangkaan had umur untuk mengamalkan air herba ini.
  4. Minuman seisi keluarga ini sesuai untuk remaja & dewasa, lelaki & perempuan.

 

AMARAN !!!
      Ibu mengandung tidak digalakkan mengamalkannya.

       

       Kandungan Flavonoids Dalam Herba Terpilih   

            Jenis Herba                  Kuantiti
         

            Mas Cotek                   750
            Mengkudu                    150
            Kacip Fatimah              200
            Daun Hempedu            230

       

       Flavonoid

          Anti-oksida yang kuat bagi membantu   

          mengekalkan peredaran darah yang sihat    

          Bertindak  sebagai antiradang dan anti-rival

         Tannis

          Menegangkan tisu yang kendur, mengeringkan  

          perembesan air yang berlebihan (ciri-birit) dan  

          melindungi tisu rosak seperti ekzema atau  

          melecur

        Triterpenoids

          Membantu membuang serta mengeluarkan kahak  

          dan membantu menyerap nutrient

          Phenols

          Membantu mengurangkan serta menghilangkan

          bengkak dan bertindak sebagai antiseptik

 

          Kajian oleh MARDI. FRIM, UPM, UM & UITM

 

Antaranya penyakit yang dapat dibantu:

  1.  Mengeluarkan toksin dalam badan
  2. Melancarkan perjalanan darah
  3. Sakit urat saraf
  4. Gout
  5. Kencing manis
  6. Darah tinggi
  7. Membuang kolestrol dan lemak
  8. Buasir
  9. Migraine
  10. Paru-paru berair
  11. Pemulih tenaga batin
  12. Sakit puan
  13. Senggugut
  14. Sakit pinggang
  15. Keletihan
  16. Masalah tidur
  17. Rangsangan hormon lelaki
  18. Mengecutkan rahim peranakan
  19. Merapatkan pintu rahim
  20. Sakit lutut
  21. Mencantikkan dan melicinkan kulit
  22. Demam/ Selesema
  23. Awet muda

 

Rujukan : Utusan Malaysia - 11 Dis 2004 (Emas cotek berkhasiat untuk kaum wanita) Berita harian - 22 NOv 2004 (Khasiat herba semakin dilupakan) Maj Keluarga Harmoni - Nov 04

(Secotek Emas - Hangat dan Merangsang) Agro Media - Bil 16 (Emas cotek - kesejahteraan untuk wanita) Dewan Ekonomi - Sep 04 (Menggali Khazanah alam mas cotek) Majalah Herba - Jilid 3 (Emas Cotek – Pokok Raja Ubat) RTM- AgroTek 2006, TV3-Secret Garden -

Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Emas_Cotek"

     Mas Cotek (Ficus deltoidea jack)

Mas Cotek is a wild plant which can be found in Kelantan, Pahang and Terengganu. It grows well in the forest near the beach but can also thrive in the hilly areas up to 700 metres from sea level.

It is a shrub that grows up to a height of 2 metres, but can also grow as epiphyte on other plants. The leaves are thick, deltoid in shape and rounded at the apex but tapering at the base. There are black, rusty or golden spots (therefore "mas cotek") on the upper and lower sides of the leaves but are more pronounce below. The main vein has three branches on the lower surface of the leaves. Flowers and fruits are borne at the leaf-axils, singly or in pairs.

Mas Cotek is used traditionally to cure lung diseases. It is also a well known herb for women after childbirth


Posted at 03:18 pm by kepalaguru
Make a comment  

Nov 22, 2004
URUTSARAF

Urutan saraf atau acupressure

Dapatkan urutan saraf bagi yang bermasalah lenguh2 sendi, silap urat, gout dan stroke. Bagi yang dingin seks dan lemah tenaga batin disyorkan juga mendapatkan rawatan urut saraf untuk kebahagian suami isteri. Boleh hubungi saya untuk  temujanji mendapatkan rawatan  outcalls di sekitar Wangsa Maju, Gombak, Batu Caves, Selayang, Sentul, Setapak, Kuala Lumpur dan Seri Gombak atau di mana-mana hotels sekitar KL. jika anda memerlukan privacy. Rawatan adalah untuk lelaki dan  perempuan. Caj yang berpatutan dikenakan mengikut jam atau sessi urutan.

 


Posted at 12:41 pm by kepalaguru
Make a comment